Wednesday, 10 August 2011

:: Pesanan buatmu wahai Saudariku ::

assalamualaikum...

Kalau kita sama-sama melihat perjalanan dan peredaran dunia sekarang ini,ia semakin hari semakin tua..mungkin di mamah usia..kerana kewujudannya berabad lamanya sebelum kedatangan manusia pertama di dunia ini iaitu Nabi Adam a.s..

Apakah kamu tidak melihat, kisah Adam dan Hawa di saat mereka di kenakan hukuman oleh Allah s.w.t kerana melanggar perintahNya? bila mereka di hantar ke bumi , tidak ada seurat benang pun yang menutupi tubuh meraka..mereka terpaksa menggunakan daun-daun kayu untuk menutupi aurat-aurat mereka.sampai begitu sekali mereka menitik beratkan mahkota mereka..kalau kita fikir-fikirkan, buat apa mereka menutupi aurat mereka? sedang hanya mereka sahaja manusia yang ada pada zaman itu..ini kerana sifat malu yang menebal dalam diri mereka..menjaga mahkota hanya untuk yang berhak sahaja,,,Ya...aurat ibarat mahkota bagi kita semua..tambah-tambah lagi untuk kaum hawa.apakah kamu hanya meletakkan aurat kamu senilai dengan satu sen?apakah perasaan malu kalian sudah luput di dalam lubuk hati ?

Zaman adam dan hawa,mereka hanya menggunakan daun kayu...tidak ada kain sutera mahupun kain satin untuk menutup aurat mereka.apetah kain, benang pun tidak ada pada zaman itu..Tp..sekarang, semua jenis kelengkapan yang moden telah wujud untuk memproses benang menjadi  kain...kain menjadi baju..tp, hanya mereka-mereka yang berrsyukur sahaja yang menggunakan kemudahan-kemudahan itu sebaik mungkin..

Tapi aku pelik pada zaman ini..banyak-banyak kain dekat gedung pakaian..ada juga baju yang jenis tidak cukup kain..singkat la..ketat la..terbelah sana..terbelah sini..aku lagi hairan, ada juga yang manusia yang waras sanggup memakai baju yang sedemikian rupa..setahu aku, orang yang pakai baju yang tidak cukup kain ini hanya orang yg kurang waras sahaja..apakah mungkin mereka-mereka yang memakai baju macam ni setaraf dengan mereka yang mengheret tin di tepi jalan dan berkust masai?

Tapi ternyata tidak..mereka-mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar universiti, lawyer, doktor, arkitek, engineer dan lain-lain lagi yang aku kira sungguh intelek.tapi tidak kah mereka terfikir , dengan memakai pakaian macam itu , menonjolkan kebodohan mereka? mereka fikir mereka cukup bijak,tp hakikatnya mereka lagi bodoh disebabkan ketidak pandaian mereka menggunakn teknologi yang ada.pandai-pandai lah kalian fikir wahai saudariku.

Islam adalah sebaik-baik agama yang memuliakan dan meniggikan darjat hak-hak wanita. Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. kalian ada emas dan permata, adakah kalian hendak  letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kalian letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi kalian? aku  tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! kamu tak mungkin akan terangsang nafsu tengok  aku hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan aku, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok kamu pakai hanya seluar pendek!

Adakah kalian tidak kesian kepada suami atau bapa kalian? mahu mereka ke neraka sebab kalian? dosa mereka belum tentu mereka dapat tampung ,takkan kalian ingin menambah timbangan dosa mereka? di akhrat kelak, Nabi s.a.w akan sedaya upaya untuk memberi syafaat untuk memberatkan timbangan ummatnya yang beriman untuk ke syurga, tapi kalian dengan sedaya upaya memberatkan timbangan untuk mengheret bapa dan suami kalian ke neraka?

Ingatlah,Nabi s.a.w ada bersabda lebih kurang maksudnya " jika bapa atau suami redha dengan membiarkan isteri dan anak perempuanny keluar rumah dengan berhias dan tidak menutup aurat,maka Allah s.wt menyediakn kediaman khas (rumah) untuk mereka di neraka kelak ''

Aku rasa cukuplah setakat ini coretan aku..sama-sama kita muhasabah diri kita.samada di kalangan gembira ataupun kalangan berduka di akhrat kelak..

sebelum aku menghentikan keghairahan jari jemariku ini menari di atas keybord,suka aku menulis maksud ptongan ayat suci Alquran untuk muhasabah di bulan yang mulia ini..

Firman Allah yang bermaksud '' apakah orang-orang yang membuat kejahatan (dosa) itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka sama dengan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka.Amat buruklah apa yang mereka sangka itu ''


p/s : kredit gambar to Kembatolo
p/s/s : salam ramadhan.
p/s/s/s : mohon maaf sekiranya terkasar bahasa.




2 comments:

  1. xdop button like ko minggg...
    bagus entry nie... ^^

    ReplyDelete
  2. betoi. betoi.betoi.

    zame jahil takil mulo baju hok lagu tuh hok lawa d mata n sejuk d hati. padahal buke lawa pon. hehe :p

    mgnkin jgak sbb takdop rasa malu dlm diri tuh ya jd dop kaba ke diri kali.

    pahtu pulop dea jln lenggok langit gak gapo skaro pom dop napok buruk doh. huhhu.

    anyway, like sangat entry ni. hehe

    ReplyDelete

aku tulis ni mmg nk suruh korang mnyampuk pom ^^(o_0)^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...